ROBBIE WILLIAMS TERLUPA LIRIK SEMASA MENYANYI
ROBBIE WILLIAMS terlupa lirik semasa menyanyikan lagu Feel di Stadium Twickenham Stadium, barat daya London.
LONDON - Selepas menghabiskan masa selama beberapa tahun berehat daripada membuat persembahan, tidak hairanlah jika gerak geri penyanyi terkenal, Robbie William agak kaku ketika mengadakan persembahan pada konsert Help For Heroes pada malam Ahad lalu.
Penyanyi tersebut terpaksa berhenti seketika semasa menyampaikan lagu Feel pada konsert tersebut di Stadium Twickenham, barat daya London kerana dia terlupa lirik.
Bagaimanapun, Robbie yang dalam keadaan gagap bertindak berlari ke belakang pentas bagi melihat lirik lagu tersebut dalam sebuah buku. Seramai 60,000 peminatnya sanggup menjerit bagi memberitahu lirik lagu itu ketika Robbie kembali ke pentas dan ketawa.
"Terima kasih. Saya takut sehingga rasa seperti mahu mati," katanya yang kemudian menerus persembahan.
Namun, peminat setia Robbie memberi semangat dan sokongan kepadanya menerusi Twitter.
Salah satu mesej di laman itu yang dihantar oleh seorang peminatnya menyatakan dia suka dengan usaha Robbie untuk meneruskan persembahannya walaupun dia terlupa lirik lagu.
Sumber: Kosmo
0 comments: