12.11.10 / Labels:

Tak Suka Fasha Jumpa Rayqal



APABILA bercakap perihal Fasha Sanda kepada Nora Danish, ia boleh diibaratkan seperti menggores parut kesan luka lama sehingga berdarah kembali.
Justeru apabila pihak media bertanyakan kesediaannya menerima Fasha sebagai ibu tiri kepada anaknya, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, pantas pelakon bergelar 'hot mama' ini menepis persoalan itu.
Perkara itu ditimbulkan kerana baru-baru ini Fasha dikatakan membeli barang permainan untuk kanak-kanak yang dipercayai untuk Raqyal di sebuah kedai permainan kanak-kanak di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya.

Malah kedai itu dikatakan menjadi pilihan bekas suami Nora yang kini kekasih Fasha, Rizal Ashram atau Jejai untuk membeli barang permainan buat anaknya.

Kata Nora, mungkin barang itu dibeli untuk kanak-kanak lain, tetapi jika Fasha sudah bersedia untuk jadi ibu, itu satu perkara yang bagus. 
"Tapi tak perlulah nak kaitkan dengan Rayqal kerana dia masih ada ibunya. Tak perlulah masuk campur dalam urusan kehidupan saya. Mungkin saya dah maafkan perbuatannya terhadap saya dan saya sudah berubah hati.

"Tapi sebenarnya saya tak nak fikir apa-apa pun kerana mereka belum sampai ke peringkat seterusnya (berkahwin). Hati saya sebenarnya tak kuat walaupun pada luarannya nampak kuat.




"Saya akui memang tak suka jika Fasha bertemu Rayqal. Jejai pun faham perkara ini," katanya ketika ditemui pada pelancaran program Kamilah Bintang, sebuah program nyanyian kanak-kanak terbitan Astro Ceria.

Pengakuan jujur ini sekali gus menggambarkan betapa luluhnya hati Nora dengan keruntuhan rumah tangganya yang dikatakan berpunca daripada Fasha.

Bagaimanapun, sebagai manusia biasa Nora mengakui pendiriannya semakin lama semakin berubah. Sampai masanya kelak, dia tidak mampu menghalang Fasha bertemu Raqyal jika ditakdirkan mereka menjadi suami isteri.

"Buat masa ini, biarlah keadaan berjalan macam biasa. Jejai faham pendirian saya. Kami tetap berbaik kerana sama-sama perlu besarkan Rayqal. Tapi tak tahulah kalau dia buat lain pula di belakang saya.

"Malah pada Disember ini, saya dan Jejai bersama keluarga akan bercuti ke Jepun dan Korea untuk makan angin bersama," katanya dengan nada tenang.

Bercerita mengenai kerjayanya, Nora menyatakan teruja menjadi pengacara Kamilah Bintang bersama Zoey kerana pertama kali berinteraksi dengan penonton di studio. Dia menerima tawaran ini kerana mahu melebarkan lagi pengalamannya dalam bidang pengacaraan.

"Kebetulan rezeki saya memang dalam bidang pengacaraan kerana sebelum ini saya mengacara I Glam untuk TV9 dan Bolly 10 di Astro. Sebelumnya tempat ini milik Mila, tapi disebabkan komitmen lain, akhirnya menjadi milik saya.

"Saya tak rasa jadi pilihan kedua atau ketiga kerana mereka sebenarnya sudah tawarkan awal-awal lagi, cuma saya belum beri keputusan. Peluang ini saya terima dengan hati terbuka kerana saya sukakan budak-budak.

"Tambah lagi dengan gelaran ibu yang disandang buatkan saya tak sukar nak kendalikan mereka. Saya suka tengok kesungguhan mereka dalam Kamilah Bintang kerana kanak-kanak ini adalah pelapis industri muzik kita.

"Dalam lakonan pula, saya akan muncul dengan drama bersiri Putera Katak yang akan disiarkan menerusi slot Lagenda di TV3 dan TV9 penghujung November ini.

"Saya sebenarnya takut katak, tapi menerusi drama arahan Adam Hamid ini saya jadi berani untuk bermain dengan haiwan ini. Boleh dikatakan hampir 80 peratus penggambaran membabitkan saya dengan katak sebesar tapak tangan.

"Malah ada juga adegan saya mencium katak itu sebelum ia menjelma menjadi manusia. Yang kelakarnya selepas dicium, katak itu terus terkencing. Tiga bulan bersama dengan katak membuatkan saya jadi rindu pula dengan katak itu.

"Saya bercadang nak memelihara katak itu selepas tamat penggambaran tapi Adam juga mempunyai hasrat yang sama. Akhirnya saya mengalah dengan dia," katanya.

Nora yang dilihat semakin cantik dan tubuhnya juga kelihatan langsing, tidak keberatan berkongsi rahsia penjagaan kesihatannya. Katanya, dia mengamalkan yoga untuk menguruskan badan dan berbasikal untuk menjaga kecergasan.

Fasha Sandha..

"Sebelum ini saya cepat berasa lemah badan selepas bertungkus lumus bekerja dan tak cukup tidur. Rayqal pula bangun seawal jam 6 pagi. Menerusi amalan senaman yoga serta berbasikal, saya terasa lebih sihat.

"Saya memang menetapkan bulan depan untuk bercuti bersama keluarga. Itulah sebabnya saya hanya ambil tawaran sebagai pengacara sahaja," katanya.

-harian metro-

comments (1) / Read More

/ Labels:

Rebah Ketika Bermain Bola

ZIARAH...sanak-saudara menziarahi jenazah Allahyarham Shamrin di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, semalam.


KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada jam 6.30, petang semalam.

Shamrin yang popular menerusi lagu Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu dikatakan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda atau sakit sebelum rebah secara tiba-tiba di tengah padang ketika perlawanan persahabatan berlangsung di antara teman-teman artis.


Menurut rakannya, Shaful Azry Mohd Ariffin, 38, atau lebih dikenali sebagai Riot daripada kumpulan Kool yang berada di tempat kejadian, semuanya berlaku terlalu pantas hingga sukar untuk diingatkan semula.

“Sekitar jam 5.45 petang Shamrin ada mengangkat tangannya seolah-olah menunjukkan tanda dia kepenatan dan meminta pemain lain menggantikannya. Kemudian, dia tunduk seperti hendak membetulkan kasut dan ingin duduk. Namun, tiba-tiba rebah dan terbujur di tengah padang. Saya dan teman-teman yang sedang bermain terus meluru kearahnya.


JASRIZATUL AKHMAR...isteri Shamrin


“Kami lihat dia menggigil dan kemudian tidak sedarkan diri, namun jantungnya masih berdegup. Kami buat pelbagai cara yang termampu untuk menyelamatkannya kerana bimbang mungkin serangan jantung. Namun, semuanya tidak berhasil dan terus mengangkat Shamrin untuk dibawa ke hospital di Kampung Baru. 

"Ketika dalam perjalanan ke hospital, wajah dan tubuhnya sudah kebiru-biruan dan ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti,” katanya.

Jenazah Shamrin kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Selain menyifatkan kejadian yang menimpa sahabatnya itu bagai sukar dipercayai, Riot langsung tidak menyangka pertemuan petang itu yang terakhir antara mereka.

“Siapa sangka, dalam sekelip mata saja saya kehilangan seorang sahabat. Bukan saja kami berdua sering membuat persembahan bersama, malah kami berkongsi minat sama iaitu bermain bola sepak seperti kami lakukan hari ini,” katanya.

Shamrin meninggalkan balu, Jasrizatul Akhmar Abu Saman, 29, yang sarat mengandung anak ketiga serta dua anak iaitu, Akmal Danish, 5, dan Akmal Shamim, 1. Dia juga mempunyai anak perempuan Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan pertama dengan Noreda Mohd Razali.

Jenazah Shamrin dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Selangor, sebelum solat Jumaat hari ini.

Sebelum itu, Shamrin sempat membuat persembahan di Balai Seni Lukis Negara sempena Pelancaran Syiling P Ramlee dengan menyampaikan sebuah lagu seniman agung itu berjudul Bila Larut Malam.


-harian metro-

comments (1) / Read More

/ Labels:

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

SHAMRIN mati selepas bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

-kosmo-
p/s : Takziah kepada keluarga arwah daripada Miz Lazer dan semua team Click Celebrity. (-_-)

comments (0) / Read More

11.11.10 / Labels:

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Salam kepada semua pembaca Click Celebrity. Miz Lazer baru dapat berita bahawa, Shamrin Fotograf telah meninggal dunia. Akibat terjatuh sewaktu bermain bola.

Miz Lazer akan cube mendapatkan maklumat-maklumat terbaru mengenai perkara ini.

-suria.fm-

comments (0) / Read More

/ Labels:

Filem | Ngangkung



Ngangkung






Syarikat Penerbit :         Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.



Bahasa :                         Bahasa Melayu



kategori :                       Filem Cereka



Genre :                          Komedi, Seram



Tarikh Tayangan :        25 November 2010



Durasi :                         92 min



Audio :                           Dolby



Format :                        35mm

Sinopsis:
‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG)


-sinema malaysia-


comments (0) / Read More

/ Labels:

Filem | Crayon

Crayon
Pengarah :                 Dean A. Burhanuddin
Syarikat Penerbit :    Zioss Sdn Bhd
Bahasa :                   Bahasa Inggeris
kategori :                  Filem Cereka
Genre :                     Pengembaraan, Drama, Keluarga
Klasifikasi :              U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :    11 November 2010
Durasi :                    83 min
Audio :                    Dolby
Format :                  35mm



Sinopsis:
ADAM dan RAFAAT adalah rakan sebilik yang sedang mengikuti pengajian di sebuah Universiti ternama di Singapura. Adam adalah seorang pelajar Asean berbangsa Cina Malaysia yang amat rajin dan Rafaat pula seorang pelajar Singapura berbangsa Melayu dan amat bijak di bahagian IT. Pada dasarnya, anda lihat kedua-duanya saling bertentangan dari segala segi, namun pada hakikatnya, semakin kita berlainan, semakin perlakuan kita sama. Adam dan Rafaat melambangkan perpaduan, toleransi dan penerimaan di antara perbezaan bangsa dan ini dapat dilihat melalui persahabatan mereka.

Sepanjang pengajian mereka, kedua-duanya dikehendaki menawarkan diri ke dalam program sosial semasa musim cuti semester. Mereka membuat keputusan untuk membantu di sebuah Rumah Anak Yatim di Malaysia. Mereka pun bertolak ke pantai timur Malaysia di mana mereka bertemu dengan MAK ENGKU, ketua Rumah Anak Yatim tersebut yang amat penyayang. Mereka juga bertemu dengan AFIQ, salah seorang penghuni anak yatim yang amat aktif dan nakal tetapi mudah disayangi. Perilaku Afiq yang lasak dan menyanjungi kehidupan telah membuka mata rakan berdua tadi untuk menghargai kehidupan. Semasa di sana juga mereka dapat melihat sendiri kesusahan yang ditempuhi para penghuni Rumah Anak yatim itu. Mereka juga memahami cinta tanpa batasan dan bagaimana untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

Walau bagaimanapun, keselamatan mereka terancam oleh pemaju tanah yang ingin mengambil alih hak milik tanah, di mana Rumah Anak Yatim itu didirikan, untuk keuntungan masing-masing. Adam dan Rafaat cuba untuk membantu Rumah Anak Yatim tersebut dengan mengadakan konsert amal, namun telah berlaku kejadian yang di luar dugaan. Rumah Anak Yatim itu telah musnah di dalam suatu kebakaran.

Kejadian mengejutkan tersebut membuat kedua-dua sahabat ini sangsi akan usaha mereka dalam memperbaiki keadaan. Erti sebenar keakraban dan persahabatan telah diuji melalui kesedihan dan kepasrahan yang terpaksa dilalui. Adakah segala kerja keras mereka sia-sia disebabkan tragedi ini? Dapatkah persahabatan mereka mengatasi halangan ini atau ianya akan musnah dan kedua-duanya hilang harapan?

comments (0) / Read More

/ Labels: ,

Gambar Bogel Emma Watson



LONDON: Menyesuaikan diri dengan budaya Amerika Syarikat menjadi pengalaman menyeronokkan bagi Emma Watson.

Bagaimanapun, pengajiannya di Universiti Brown menghadapi kesukaran apabila timbul skandal mengenai gambar bogelnya.

Gambar separuh bogel aktres berusia 20 tahun itu tersebar di kalangan pelajar universiti berkenaan melalui e-mel, lapor akhbar Daily Mail.

Gambar itu menunjukkan pelakon terbabit hanya memakai tuala menutupi pinggang dan bahagian bawah tubuhnya berdiri di tepi tab mandi.

“Emma cuba mencari sumber yang menyebarkan gambar itu dan mahu menghentikannya. Katanya gambar itu palsu,” ujar seorang rakan.

“Terdapat beberapa gambar bogel palsu tersebar sejak dua bulan lalu. Emma sudah melihatnya dan dia letih dengan semua itu. Anda patut tahu bagaimana rasanya,” kata jurucakap Emma.

Gambar bogel itu tersebar beberapa hari selepas Emma muncul dalam temu bual untuk majalah Marie Claire edisi Disember.

Dalam temu bual itu Emma memberitahu, rakannya di Universiti Brown amat melindungi dirinya.


“Saya berkawan dengan sekumpulan rakan yang hebat. Komuniti di Brown memang baik dan mereka begitu melindungi saya.

“Mereka benar-benar bertimbang rasa dan mahu saya menjadi sebahagian daripada komuniti di sini,” kata Emma.


“Saya menyambut hari lahir yang ke-20 di Brown dan tidak perlu memberitahu rakan-rakan supaya tidak meletak gambar saya di Facebook kerana memang tiada satu pun dipampang di dalam laman itu.”

“Pada waktu itu, saya menyedari saya sudah menemui rakan sejati dan berasa diri saya sebahagian daripada kumpulan mereka,” kata Emma lagi. - Agensi

comments (1) / Read More

/ Labels:

Polis Cari Dalang Ugut Bunuh AC Mizal

KUALA LUMPUR: Polis memandang serius laporan pelakon dan pengacara terkenal, Datuk Mizal Zaini, 39, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal berhubung ugutan bunuh diterima, sekali gus berusaha mengesan dalang yang menyebarkan ugutan itu.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata setakat ini, keterangan artis terbabit berhubung dakwaannya diugut serta difitnah melalui blog dan laman web sosial facebook sudah direkodkan.


Menurutnya, laporan itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kemahiran khusus bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan.

“Polis bagaimanapun tetap memberi perhatian terhadap sebarang bentuk ancaman atau ugutan bunuh yang boleh membahayakan nyawa artis terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Difahamkan, terdapat lima laman web yang dikaitkan memburuk-burukkan nama dan syarikat artis itu yang tersebar melalui Internet sejak beberapa minggu lalu Selain membuat ugutan kepada AC Mizal, penulis blog berkenaan melemparkan ugutan kepada pekerja serta kakitangan syarikat AC Mizal yang didakwa melakukan penipuan berhubung harga kos dan harga jualan produk syarikat berkenaan.


Malah, artis itu turut dituduh menipu pengguna mengenai testimonial daripada pesakit yang menggunakan produk gelang tangan diedarkan syarikat itu.

Artis yang pernah membintangi beberapa filem terkenal itu turut mendakwa penyebaran fitnah berkenaan yang menyentuh kehidupan peribadinya didakwa bertujuan untuk memburuk-burukkan namanya selain memberi tanggapan negatif terhadap pihak yang ingin menyertai perniagaannya.


Sementara itu, AC Mizal sudah membuat aduan berhubung fitnah terhadap produk jualan syarikatnya ke SKMM bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dilakukan.

Berdasarkan laporan itu, pihak SKMM sudah mengarahkan Jabatan Siasatan SKMM untuk menjalankan siasatan terperinci mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

comments (0) / Read More

/ Labels:

Fazley Undur Diri Demi Reputasi FIC



KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008.

Ekoran laporan program itu, pihak University of Wales di United Kingdom menggantung hubungannya dengan FIC sehingga satu siasatan berhubung status Fazley selesai dijalankan.


p/s : macam2 hal la..!!

comments (0) / Read More

/ Labels: ,

Jangan Terus Aibkan Saya - Linda Onn

 
 
PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn meminta agar tidak terus diaibkan sehingga menjejaskan imejnya sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan.

Kata Linda, dia kecewa dengan laporan sebuah akhbar mingguan Ahad yang menyiarkan artikel di ruangan gosip yang memberi gambaran jelas terhadap dirinya.

"Sudah sudah mengaibkan saya, kesabaran manusia juga ada batasannya. Dari peristiwa karpet merah di LA (Los Angeles) sehingga kisah percintaan dan pergaduhan dengan Fahrin Ahmad saya berdiam sahaja. Kini timbul pula kisah saya cuba untuk berlagak dengan hobi baru.

"Walaupun ruangan itu tidak mendedahkan siapa penyampai radio yang dimaksudkan, tapi gambaran yang diberikan jelas menunjukkan bahawa saya orang itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Jelas Linda, perkara itu telah menimbulkan tanggapan negatif peminat dan rakan niaga terhadap dirinya.

"Sebelum saya membaca artikel tersebut ramai yang sudah memberitahu dan menasihatkan saya bersabar setelah membacanya. Ramai yang membacanya jelas mengetahui orang yang dimaksudkan.

"Ia memberi persepsi buruk kepada saya sebagai penyampai radio dan ahli perniagaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda juga kecewa kerana kerjasama yang diberikan selama ini dibalas dengan tanggapan buruk oleh beberapa pihak.

"Saya tidak mahu membesarkan perkara ini, saya berharap mereka menghormati saya sebagai artis yang sudah lama dalam industri ini dan selidik dahulu perkara tersebut.

"Saya sudah beri kerjasama sebaik mungkin, dan saya harap mereka juga beri kerjasama kepada saya agar tidak terus menerus memburukkan nama saya," ujarnya kesal.

Terdahulu dalam blog peribadi miliknya, Linda telah menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan motor berkuasa besar kepunyaannya itu atas tujuan keselamatan.
 

comments (0) / Read More