LADY GAGA PERTAHAN PAKAI BAJU DAGING



LADY GAGA memakai pakaian yang diperbuat daripada daging semasa menghadiri Anugerah Video Muzik MTV di Los Angeles.

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Lady Gaga mempertahankan tindakannya memakai pakaian yang diperbuat daripada daging semasa menghadiri Anugerah Video Muzik MTV pada Ahad lalu.

Penyanyi lagu Poker Face itu membuat kenyataan tersebut selepas dia ditanya oleh pengacara televisyen, Ellen DeGeneres punca yang menyebabkan dia memakai pakaian yang diperbuat daripada daging.

"Jelas sekali ia bukan untuk tidak menghormati mereka yang memakan sayur-sayuran. Seperti yang anda ketahui, saya merupakan orang yang paling bebas daripada sebarang penilaian di dunia.

Jika kita tidak berdiri dengan pendirian kita sendiri dan berjuang demi hak kita, lama kelamaan kita akan sama seperti sebanyak mana daging yang terdapat pada tulang-tulang kita," kata Lady Gaga.

Dia pernah memakai bikini daging semasa bergambar untuk menjadi penghias muka depan majalah Vogue edisi Jepun..

Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment