HANGAT | BENJY TERLEPAS & BEBAS SATU TUDUHAN DADAH

AZEAN IRDAWATY (kanan) ditemani anaknya, Ines Irdayanty Ibrahim selepas perbicaraan Benjy di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pelakon yang juga anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty, Benjy (gambar kecil) boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret di sini semalam melepas dan membebaskan satu daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Manakala bagi dua pertuduhan berikut, Majistret Hafizza Sauni memutuskan supaya ia dibicarakan serentak mulai hari ini dengan sembilan saksi dipanggil memberi keterangan.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, yang berdiri di dalam kandang tertuduh kelihatan gembira dengan keputusan itu sambil kerap tersenyum ke arah Azean, bapa dan dua adiknya yang duduk di galeri awam.

Terdahulu, Hafizza memutuskan Benjy dilepas dan bebas setelah Timbalan Pendakwa Raya, Nurmardiana Mamat memaklumkan telah mendapat arahan untuk menarik balik pertuduhan tersebut.

Ia berikutan notis bantahan yang diserahkan peguam Benjy, Amer Hamzah Arshad kepada pihak pendakwaan 15 Ogos lalu bagi menarik balik pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu Benjy didakwa memasukkan dadah syabu ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 8.24 pagi, 15 Mac lalu.

Selain itu, Hafizza turut menolak permohonan Amer Hamzah supaya dua pertuduhan lain yang dihadapi Benjy dibicarakan secara berasingan.


P/S : Miz Lazer takde komen. Harap-harap semua nya berakhir dengan baik untuk Benjy dan keluarga.

1 comments:

  1. crewz says

    ada duit semua boleh.. xde duit.. dalam cerita.. hehe


Post a Comment