REALITI SEORANG TIZ ZAQIAH



Apa bila Miz Lazer melihat lakonannya sebagai Kak Ika dan Nur Amina dalam drama Impian Illyana dan Nur Kasih, Miz Lazer pasti ramai menyangka bintang baru, Tiz Zaqyah Abdul Razak sememangnya bertudung. Hakikat sebenar, si manis ini hanya gadis biasa yang sekadar menjayakan watak diberi. (Classss gitu.. )

Siapa sangka, tudung digayakan dalam drama Impian Ilyana musim kedua dan ketiga serta Nur Kasih yang kini popular di TV3 membawa tuah kepadanya. Kini, nama Tiz Zaqyah yang mesra dengan panggilan Tiz semakin dikenali dan mendapat perhatian.

Apapun, bukan mudah untuk Tiz Zaqyah mencapai kejayaan itu. Akuinya, ia rezeki yang diberi Tuhan kerana setiap watak diterima selepas menjalani uji bakat. Kepayahan yang pernah dilaluinya dirasakan sangat berbaloi.

Katanya, menjadi insan seni bukan semudah disangka. Setakat ini tawaran berlakon diterima berdasarkan uji bakat dijalani, tetapi itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk berusaha mengukir nama.

“Saya seronok memulakan karier lakonan dari bawah. Menghadiri uji bakat memberikan pengalaman berharga untuk saya berusaha gigih mendapatkan sesuatu watak. Dalam soal ini, saya tidak kisah apa wataknya asalkan tawaran diterima.

“Sebab itu, watak bertudung pun saya ambil. Objektifnya, hanya satu, kerana saya minat berlakon dan ingin menonjolkan bakat dimiliki. Ditambah lagi, persaingan di kalangan pelakon baru sekarang ini sengit dan saya perlu bijak membawa diri.

“Apapun, saya tidak mahu dianggap hipokrit oleh peminat. Justeru, saya mengaku bertudung itu sekadar menuntut kehendak watak dan kehidupan sebenar pula sebaliknya. Saya sama seperti gadis remaja lain yang tidak bertudung dan gemar bersosial.

“Cuma, apabila sudah menjadi pelakon, semuanya berubah. Saya terikat dengan jadual penggambaran dan sibuk di lokasi. Oleh itu, masa untuk diri sendiri bergembira agak terhad dan jika ada masa terluang saya senang bersama keluarga,” katanya.

Berusia 21 tahun, Tiz Zaqyah kelihatan cukup matang. Tutur katanya dan gaya menunjukkan dia sudah bersedia menempuhi kehidupan sebagai artis. Menurutnya, ini kerjaya yang dipilih dan perlulah tahu berhadapan dengan dugaan.

“Bagi saya, bukan senang untuk dikenali apatah lagi popular. Justeru, saya perlu kerja keras untuk itu tanpa mengira penat dan hal peribadi. Saya perlu profesional dan kerjaya ini menuntut pengorbanan masa yang besar untuk berjaya.

“Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana keluarga memahami minat dan memberikan sokongan padu. Malah, ibu saya sendiri penonton dan pengkritik setia. Bersandarkan sokongan itu, diharapkan berjaya dan masyarakat menerima kehadiran saya dalam industri.

“Buat masa ini, terus terang dikatakan saya senang bekerja dengan pengarah seperti Kabir Bhatia dan Faizal Ishak yang banyak membantu menghidupkan watak Nur Amina. Saya seronok dan tenang bekerja dengan mereka kerana tiada tekanan.

“Mereka tahu syot apa yang diinginkan dan ia memudahkan pelakon memahaminya. Malah, mereka juga membantu saya cara melakonkan watak itu dengan berkesan menerusi penghayatan,” katanya.

Gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini menyimpan impian bekerja dengan Yasmin Ahmad pula. Katanya, dia melihat pengarah filem Sepet dan Gubra itu sebagai luar biasa kerana sentuhannya berbeza daripada pengarah lain.

Memulakan karier lakonan pada 2006, penampilan pertamanya menerusi drama Gol & Gincu diikuti Impian Illyana dan Nur Kasih manakala telefilem seperti Bernafas Dalam Lumpur dan Puaka Topeng Putih.

“Tidak dinafikan, sekarang saya sudah mula menerima beberapa tawaran berlakon. Cuma, saya tidak boleh memaklumkannya lagi kerana belum ada kata persetujuan dan hitam putih. Semuanya masih dalam perbincangan dan bergantung kepada jadual saya.

“Apapun, saya harap dapat terus berlakon dengan membawa watak lebih mencabar. Kalau boleh, saya mahu lari daripada imej bertudung seperti sekarang. Jika ada peluang, saya mahu melakonkan watak seram atau menjadi wanita psiko dan gila,” katanya.

Akui Tiz Zaqyah, dia tidak mahu sering diberikan watak sama untuk dilakonkan kerana sukar untuk menguji sejauh mana kemampuan sebenarnya. Justeru, dia menyimpan harapan supaya suatu hari nanti berpeluang melakonkan watak diimpikan itu.

P/S : Miz Lazer tau, ramai yang cair meleleh tengok Tiz ni..  Apa-apa pun Tiz tetap mantap!!

0 comments:

Post a Comment