MAIZA TAK JEMPUT AKHIL????



"SEMOGA berbahagia dan jagalah anak-anak dengan baik." Hanya itu mampu diucapkan penyanyi dan penceramah bebas, Akhil Hayy, apabila ditanya komennya mengenai bekas isteri, Maizawati Zainal, 35, (Maiza) selamat bernikah dengan lelaki pilihan, Mohd Yassin Ben@Abd Rahim, 23.

Kata Akhil, seboleh-bolehnya, dia tidak mahu masuk campur perkara ini kerana masing-masing sudah ada keluarga. "Saya lebih suka bercakap soal kerja berbanding hal peribadi. Bagaimanapun, saya faham tugas wartawan mahu mendapatkan komen. Apa yang dapat saya katakan, harapan saya hanyalah satu buat Maiza, jagalah anak-anak dengan baik," katanya.

Mengenai ketiadaannya pada majlis itu kerana dikatakan isterinya, Waheeda, sakit, Akhil, 40, enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu memanjangkan lagi cerita.


Katanya, inilah antara sebab mengapa dia tidak mahu mengulas apabila ditanya soal perkahwinan bekas isterinya itu.

"Janganlah pandai-pandai reka cerita mengatakan Waheeda sakit sedangkan hakikatnya isteri saya sihat walafiat. Hakikatnya, saya tidak dimaklumkan mengenai tarikh pernikahan itu malah tidak diundang pun. "Saya hanya tahu mengenainya melalui kawan yang menerima undangan. Bagaimana saya hendak datang kalau tidak diundang? Malah kehadiran dua anak-anak yang tinggal dengan saya pun tidak dimaklumkan apa-apa, hanya dihubungi saat akhir agar anak-anak dihantar ke Ipoh.

"Selama ini apa-apa urusan mengenai anak-anak pun dibincangkan melalui abang saya dan bukannya saya sendiri," katanya.

Akhil bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai suami baru Maizawati yang jauh lebih muda (beza usia 12 tahun) sebaliknya hanya mendoakan mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Katanya, sempena Ramadan yang mulia ini, dia mengharapkan yang terbaik buat semua umat Islam dan meminta semua saling mendoakan yang baik-baik juga untuk kesejahteraan hidup.

Apapun kata Akhil, dia akan melancarkan bisnes umrah dan ceramah secara online dan ia akan dimaklumkan dalam satu sidang media. Pada majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman Maizawati di Bercham, Ipoh, Perak, kelmarin (Isnin), Maiza dan Yassin dinikahkan ayah Maizawati, Zainal Jani, 55, dengan sekali lafaz bersama mas kahwin RM101. Ia dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada saudara-mara dan rakan rapat.

Maizawati menerima tujuh dulang hantaran dibalas lima. Ini adalah perkahwinan ketiga Maizawati dan juga ibu enam anak iaitu dua daripada perkahwinan pertama dan empat lagi bersama Akhil. Semua anak-anaknya, Deanna Sofea, 17; Daniel Arif, 16; Siti Nor Maisarah, 13; Muhammad Shariff Hidayatullah, 12; Muhammad Shakir Hidayatullah, 9, dan Muhammad Shatiri Hidayatullah, 3, ada bersama. Pasangan ini berkenalan setahun lalu dan makin rapat beberapa bulan selepas itu. Mengenai suami yang jauh lebih muda, Maizawati mengatakan itu bukan satu masalah kerana apa yang penting keserasian antara mereka. Maizawati tertarik dengan Yassin kerana sifat kelakar dan paling penting penyabar ketika dia berhadapan pelbagai dugaan. Lebih penting buat Maizawati, Yassin yang menjadi chef di Singapura, dapat menerima kehadiran enam anaknya.

Maizawati yang kini menjalankan perniagaan produk madu dan makanan untuk kesihatan minda, mula mendapat perhatian apabila membuat pendedahan terbuka menerusi program TV mengenai masalah rumah tangganya dengan Akhil, Mei tahun lalu dan ia dikatakan berpunca daripada Waheeda.

Maiza dan Akhil bercerai talak satu pada 15 Julai tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Akhil kemudian berkahwin dengan Waheeda pada 16 Ogos tahun lalu dan Waheeda dilaporkan mengundur diri daripada bidang seni.

Sumber : Metro

P/S: Terkejut Miz Lazer membaca berita hari ni. Semalam Maiza memberi kenyataan bahawa Akhil tidak dapat datang kerana Waheeda sakit. tetapi hari ni Akhil memberitahu media bahawa dia TIDAK DIJEMPUT!! Apa kes ni? Yang mana 1 betol? Pelik2 sungguh la dunia artis ni!.. Hurmmm..

0 comments:

Post a Comment