AVRIL LAVIGNE OBSES DENGAN CELAK



LONDON 8 Ogos - Penyanyi Avril Lavigne sangat meminati celak berwarna hitam, malah mengakui dia tidak boleh hidup tanpa kosmetik itu kerana perlu memakainya setiap hari.

Penyanyi lagu Girlfriend yang terkenal dengan imej rock itu berkata, dia perlu memakai celak hitam setiap masa dan merasakan seperti berbogel jika tidak memakainya.

"Saya sangat 'ketagih' dengan celak hitam. Ia telah lama menjadi kegilaan saya," katanya kepada laman web fesyen StyleList.com.

Lavigne dalam pada itu mengakui, gaya berpakaiannya telah banyak berubah sejak menceburi industri muzik lapan tahun lalu, namun dia tidak menyesal dengan pilihan fesyen yang dibawanya sebelum ini.

"Gaya fesyen saya telah banyak berubah sejak saya mula dikenali ketika berumur 17 tahun dan saya kini berusia 25 tahun.

"Bagi saya, ia adalah sesuatu yang normal. Saya melihat kembali gambar-gambar lama ketika saya memakai pakaian tali leher dengan seluar pemain luncur. Bagi saya, ia hebat," jelasnya.

Sebagai seorang yang turut meminati alat solek, penyanyi Kanada itu baru-baru ini melancarkan minyak wangi pertamanya, Forbidden Rose dan memberitahu dia terlibat dalam proses penghasilan wangian tersebut.

"Saya terlibat dalam semua proses menghasilkan Forbidden Rose kerana saya mahu memastikan ia adalah satu produk yang saya suka kerana ia juga mewakili saya.

"Saya bukan sahaja membantu mereka kotak dan botol minyak wangi ini, tetapi juga terlibat dalam kempen iklan serta komersial.

"Saya sukakan wangian ini kerana anda boleh memakainya sepanjang hari. Ia segar dan seronok untuk dipakai. Semua kawan perempuan saya memakainya," kata Lavigne. - Agensi


P/S: Miz Lazer pun seangkatan dengan si Avril Lavinge ni.. Miz Lazer memamg tak boleh hidup tanpa celak.. Woww!! Haha.. Tapi Miz Lazer idok ler pakai macam dia tu. Dah macam eyebag pulak dah.. Penuh satu mata.. Hahaha..

0 comments:

Post a Comment