ARIEL SAYU SAMBUT PUASA DI LOKAP



JAKARTA: Dengan Ramadan yang akan muncul beberapa hari lagi, vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel (gambar) dilapor tidak bersemangat menghadapi puasa.

Peguamnya, OC Kaligis berkata, tidak ada persiapan yang dilakukan Ariel dalam menjalani ibadah itu kerana terpaksa berdepan dengan proses perundangan selepas dokumen siasatan terhadapnya dikatakan tidak lengkap untuk membolehkan dia dibicarakan secepat mungkin.

Ketika ditanya sama ada Ariel akan berpuasa, Kaligis berkata, itu hak Ariel. Dia sebelum ini dikatakan akan dibicarakan pertengahan Ramadan. - Agensi

0 comments:

Post a Comment