MAIZAWATI SELAMAT BERNIKAH



IPOH - Selepas lebih setahun bercerai dengan penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, akhirnya menamatkan zaman jandanya semalam.

Dengan sekali lafaz, Maizawati sah menjadi isteri pemuda yang berasal dari Sabah, Mohd. Yassin Ben @ Abd Rahim, 23, tepat pada pukul 12.30 tengah hari.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Zainal Jani, 55, dengan mas kahwin sebanyak RM101 di kediaman Maizawati di No. 16, Laluan Bercham Utara 4, Taman Utama, Bercham dekat sini.

Rombongan pengantin lelaki tiba kira-kira pukul 12.15 tengah hari dengan membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran.

Maizawati berkata, dia berkenalan dengan pemuda kelahiran Kota Kinabalu itu kira-kira setahun lalu sebelum hubungan mereka menjadi semakin intim beberapa bulan kemudian.

Kira-kira 100 tetamu hadir pada majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana dengan hanya saudara dan rakan-rakan rapat dijemput.

Sumber : Kosmo


P/S : Bila lihat wajah suami baru Maizawati tu, Miz Lazer rasa macam tak percaya pulak. Bukan apa, nampak masih kebudakan lagi. Tapi kalau hati dah berkenan, macam mane pun nak jugak kan. Miz Lazer doakan agar pernikahan ini diberkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin...

1 comments:

  1. samat. says

    nampak macam tk match . but only God knows beyond this :)) congrats to them. may ALLAH bless them .


Post a Comment