BLACK MENTOR JUAL TEMBIKAI DI BAZAAR

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 23, tidak melepaskan peluang menambah pendapatan dengan berniaga di Bazar Ramadan.

Apatah lagi perniagaan menjadi sumber pendapatan utama keluarga. Juara Mentor musim ketiga itu, berniaga pelbagai jenis air dan menjual buah tembikai di Bazar Ramadan Pantai Permai, Kerinchi berhampiran kediamannya. Dia mengakui rezeki perniagaan pada bulan Ramadan lebih murah sejak bergelar artis. Katanya, waktu perniagaan di bazar itu bermula seawal jam 3 petang hingga selepas waktu berbuka. Dia turut dibantu abang dan saudaranya yang memantau gerai jika dia terbabit dengan aktiviti seni dan jemputan berbuka puasa. “Saya berniaga menjual air sejak kanak-kanak lagi. Malah ibu juga pernah menjual lauk-pauk. Memang kebiasaan pada bulan Ramadan saya menjual pelbagai jenis air dan buah tembikai. Alhamdulillah, sejak berniaga di sini permintaan terhadap buah tembikai cukup menggalakkan.

“Bagi saya, bagaikan kurang lengkap jika tidak berniaga di bazar Ramadan. Kesibukan dengan aktiviti seni tidak menghalang saya untuk aktif berniaga. Saya tetap meluangkan masa berniaga dan membantu membuat persiapan perniagaan sebelum memenuhi jemputan mengadakan persembahan berbuka puasa,” katanya. Suasana meriah ketika ­pelanggan membeli juadah ­berbuka pengalaman yang cukup menyeronokkan buat Black yang popular dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu. Malah dia mempunyai strategi tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan membeli di gerainya. “Saya sudah biasa dengan suasana berniaga sejak kecil lagi. Justeru saya cuba terapkan kelainan dalam perniagaan. Apa yang lebih penting cara berkomunikasi dengan pelanggan. Itu yang membuatkan mereka datang semula ke gerai kita.

“Selain itu, gerai saya juga sudah dikenali dengan suasana kecoh. Bagaikan perang mulut apabila memanggil pelanggan. Suasana gamat ini secara tidak langsung menarik perhatian pelanggan,” katanya. Ini adalah tahun kedua Black berpuasa sebagai artis. Baginya keadaan masih sama malah tiada langsung perasaan malu untuk berniaga pada bulan Ramadan. Tambahan pula sejak bergelar artis, lebih ramai rakan dan pelanggan yang datang membeli di gerainya.

“Pada saya rezeki berniaga bergantung kepada masing-masing. Artis atau bukan artis sama saja. Tidak dinafikan ada peminat yang membeli di gerai saya dan ada pula yang singgah kerana ingin merakamkan gambar bersama,” katanya.

Minat dalam bidang perniagaan turut mendorong Black membuka butik pakaian di Dwi Tasek, Bandar Permaisuri, Cheras sejak awal tahun lalu. “Minat dalam perniagaan membuat­kan saya membuka butik pakaian yang menjual pakaian lelaki dan wanita. Butik berkenaan ­diuruskan seorang rakan, Alham­dulillah ia semakin mendapat sambutan. “Ikut perancangan asal, saya mahu membuka restoran begitupun atas nasihat keluarga dan bimbang risiko lebih besar kerana memerlukan komitmen yang kuat untuk menguruskan­nya,” katanya.

Mengenai perkembangan seni, Black bakal muncul dengan album terbaru penghujung tahun ini yang memuatkan lima lagu berjudul nama wanita dan kini mempertaruhkan lagu Sofia Jane. Antara judul lain yang dalam perancangan ialah Gina, Natalia, Dewi Alia dan satu lagi belum diberi nama serta lagu bonus Aku Rindu Sayang Kamu.- Metro

P/S : Bagus la Black.. Walaupun dah terkenal, jangan la lupa diri yer. Macam ni la bagus.

3 comments:

  1. YuSeNzE - KniGhT says

    baca entri ni, teringat time pose 2 thn lepas..
    Jual air di bazar ramadhan.. mula2 malu2 kucing jugak nak berdepan dgn khalayak.. tapi lama2 makin berani.. hahha..

    Air tebu!!! Soya panas!!! hahhahha..


    asLeenda says

    hidup blackkk...

    tetibe...hehehe..


    crewz says

    wew... berniaga ni mmg bestt..


Post a Comment