Gambar Bogel Emma Watson



LONDON: Menyesuaikan diri dengan budaya Amerika Syarikat menjadi pengalaman menyeronokkan bagi Emma Watson.

Bagaimanapun, pengajiannya di Universiti Brown menghadapi kesukaran apabila timbul skandal mengenai gambar bogelnya.

Gambar separuh bogel aktres berusia 20 tahun itu tersebar di kalangan pelajar universiti berkenaan melalui e-mel, lapor akhbar Daily Mail.

Gambar itu menunjukkan pelakon terbabit hanya memakai tuala menutupi pinggang dan bahagian bawah tubuhnya berdiri di tepi tab mandi.

“Emma cuba mencari sumber yang menyebarkan gambar itu dan mahu menghentikannya. Katanya gambar itu palsu,” ujar seorang rakan.

“Terdapat beberapa gambar bogel palsu tersebar sejak dua bulan lalu. Emma sudah melihatnya dan dia letih dengan semua itu. Anda patut tahu bagaimana rasanya,” kata jurucakap Emma.

Gambar bogel itu tersebar beberapa hari selepas Emma muncul dalam temu bual untuk majalah Marie Claire edisi Disember.

Dalam temu bual itu Emma memberitahu, rakannya di Universiti Brown amat melindungi dirinya.


“Saya berkawan dengan sekumpulan rakan yang hebat. Komuniti di Brown memang baik dan mereka begitu melindungi saya.

“Mereka benar-benar bertimbang rasa dan mahu saya menjadi sebahagian daripada komuniti di sini,” kata Emma.


“Saya menyambut hari lahir yang ke-20 di Brown dan tidak perlu memberitahu rakan-rakan supaya tidak meletak gambar saya di Facebook kerana memang tiada satu pun dipampang di dalam laman itu.”

“Pada waktu itu, saya menyedari saya sudah menemui rakan sejati dan berasa diri saya sebahagian daripada kumpulan mereka,” kata Emma lagi. - Agensi

Post a Comment