MAHU BERGAMBAR BOGEL DI USIA 50 TAHUN??

KATIE PRICE mahu bergambar bogel untuk majalah Playboy apabila usianya meningkat 50 tahun. Bintang berusia 32 tahun itu yang pernah berbogel untuk majalah tersebut semasa berusia 24 tahun berpendapat ia satu pencapaian jika gambarnya dapat menghiasi majalah itu pada usia 50 tahun.

Model itu yang pernah melawat rumah agam milik Hugh Hefner memberitahu: "Saya mahu bergambar untuk Playboy semasa berusia 40 atau 50 tahun nanti."

Walaupun Katie popular dengan bentuk badannya yang diperoleh menerusi beberapa siri pembedahan plastik serta kisah cintanya, dia menegaskan bahawa dirinya menyukai minda manusia.

Tambahnya dalam satu temu bual bersama program Michael Ball Show: "Saya teruja dengan otak manusia. Ramai orang tidak tahu sebenarnya pekerjaan impian saya adalah untuk menjadi detektif.

"Saya mahu melawat penjara dan cuba untuk memasuki minda penjenayah. Saya ingin tahu apa yang ada dalam minda mereka. Kalau boleh saya mahu menjadi detektif forensik."

Sementara itu, Katie dikatakan ingin menjual rumah yang dibeli bersama bekas suaminya, Peter Andre dengan harga £3 juta (RM14 juta). Rumah agam yang memiliki lapan bilik itu dipercayai berhantu, dibeli pasangan tersebut pada tahun 2008, setahun sebelum mereka berpisah.

Kata seorang kenalan rapat Katie: "Dia (Katie) sudah tidak tahan dengan rumah itu. Dia mahu menjual rumah itu dan meneruskan hidupnya." - Kosmo


P/S : Adehh.. Macam-macam la artis hollywood ni. Macam-macam cita-cita diorang ni. Takde keje lain nak bogel sana bogel sini. Dah tua-tua bangka pun ada hati lagi nak tunjuk kat orang!! Jangan la ada artis Malaysia yang ikut jejak langkah diorang ni :P

2 comments:

  1. Info Online says

    50 tahun nk watpe.. da x laku dah.. hahaha pelik2


    Wan Gerrard says

    50 tahun nanti, macam la bentuk badan dia hot cm sekarang lg =P


Post a Comment